THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, April 26, 2010

Kenapa mengantuk ni?

Hello and assalamualaikum

Kawan saya selalu complaint pasal dia mengantuk kerap sangat. Kita selalu mengantuk especially lepas makan tengahari kan? Lepas makan je mesti macam ular sawa yang kenyang. Tidur je keje.well, tu memang aktiviti yang paling menyeronokkan. Tapi kadang2 yang x best dalam kelas pun boleh ngantuk.Saya pun selalu menghadapi masalah yang sama.Kalau lepas makan then balik bilik mesti terus tidur. krooh..kroooh.


Kita mudah untuk mengantuk selepas makan sebab masa tu actually waktu untuk mencerna makanan in which tubuh kita ni sebenarnya mengirimkan darah ke sistem pencernaan kerana proses pencernaan ni memerlukan energy. Semakin banyak kita makan, semakin banyakla energy yang diperlukan. Waktu ni la sistem saraf kita ni menyumbangkan sebahagian stok darahnya dan kesan daripada ni sistem saraf akan mengalami kekurangan oksigen..disebabkan kekurangan oksigen ni la kita selalu rasa mengantuk..
Amacam? ada gaya doktor tak?haha
nah, sini ada beberapa tips yang mungkin berguna untuk elakkkan rasa mengantuk ni. tips ni saya jumpa kat blog orang. might be benefited :)


TIPS ELAK MENGANTUK

1. Mesti dapatkan tidur yang cukup no matter what. Atlest 5 jam semalam pun sudah okay - dari jam 12.30 tengah malam hingga 5.30 pagi.

2. Kalau letih sangat sampai dah tak larat nak buka mata tu, tidurlah 30 - 45 minit sebelum waktu Zohor (tidur Qailullah - ini sunah Rasulullah SAW). 1 jam tidur Qailullah menyamai 3 jam tidur malam tau.


3. Always buat movement such as:

a) Buat kerja sambil berdiri or berjalan
b)Tengok benda2 yang kaler hijau pun dapat buat mata jadi segarrr bugar


4. Buat secawan kopi panas yang kaw2.


6. Berwuduk pun boleh segarkan diri..selain tu boleh halau syaitan2 yang buat ngantuk.


7. Baca surat khabar, majalah gossip..confirm x mengantok. haha.


8. Rajin-rajinlah bersenam supaya badan sihat minda pun cerdas.


Makanan yang patut dielakkan!


1. Makan pagi yang berat seperti nasi.
2. Nasi pulut.
3. Makan tengah hari yang berat.



Kalau breakfast, makanan ini adalah yang terbaik :)


1. Bijirin yang mudah hadam dan memberi banyak tenaga macam biskut tiger tu.
2. Fresh orange.
3. Buah-buahan.
4. Air mineral.
5. Susu jangan lupa



Saya dapat tips2 ni dari :http://hajimuhammadzakaria.blogspot.com/2009/01/bagaimana-mengatasi-mengantuk.html

Okay, bye.

Happy reading

0 comments: