THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, May 23, 2010

cooking with NO style at all =D



Salam semua...
JOm cerita pasal makan. Saya suka makan.tapi badan tak juga besar2..semalam, my mom denda saya untuk masak. tu la padahnya sebab malas sangat nak masak. Kebelakangan ni saya memang jarang masuk dapur..hihi...ala.mak denda sebenarnya sebab dia rindu dengan masakan saya...tapi malu nak cakap..i know it mum! As you wish, i will prepare for dinner......teeeheee..^_^

Mak kata saya perlu prepare 3 jenis lauk. Puas saya memerah otak untuk fikir..last2 tu saya masak makanan kegemaran saya! ahahaha....memang lama saya mengidam nak makan umai obor2..tu makanan tradisi sarawak. Memang faveret sangat..second recipe saya nak masak Sotong blackpaper..n last but not least butter prawn! First time wat butter prawn ni tau...biasa order je kat kedai..tak la sedap sangat so nak try buat sendiri lar...



1. Umai obor-obor

Yang ni masakan ala sushi. It is actually masakan tradisi kaum Melanau di Sarawak. Selain obor-obor, resipi ni juga boleh menggunakan udang,ikan dan sotong. Tapi saya lebih suka obor2 sebab rasanya yang 'kriuk-kriuk' apabila digigit..hehe...Untuk mengelakkan bau hanyir, resipi ni menggunakan pelbagai bahan untuk menghilangkan bau itu.




Bahan-bahan

  • obor-obor yang dah dipotong kecil
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci belacan
  • 1 biji cili merah
  • 1 biji bawang besar
  • 3 biji cili api (dihiris)
  • 1 sudu mkn kacang tanah (yg tlh digoreng dan dikisar)
  • 1 sudu makan cuka
  • 5 biji limau kasturi (ambil jusnya)
  • sedikit garam dan gula

Cara-cara.
Pendek kata, bawang putih, bawang merah and halia tu ditumbuk..then gaul je dengan obor-obor tersebut. Air perahan limau and cuka jangan lupa. Air tu digunakan untuk memasakkn obor2 tu..sebab tu penting taw..kalau nak pedas tambah la cili...nice lorh!




2. Sotong masak hitam blackpaper



1kg sotong dipotong kecil

2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
3 sudu lada kering yang telah dikisar
2 sudu sos tomato
kicap manis
sos lada hitam
halia
sebatang serai
garam

gula

Cara-cara;

panaskan minyak di dalam kuali. then, tumiskan lada kering yg tlh dikisar. kemudian masukkan bawang besar, bwg putih dan halia yang telah ditumbuk.biarkan sehingga naik bau.letakkan sos tomato, kicap and sos lada hitam..and dont forget letakkan garam, sedikit gula dan perisa tambahan mengikut citarasa.lastly, masukkan sotong and biar sehingga masak..pastu,ready untuk dimakan! =)






3. Butter prawn+ egg floss


Bahan - bahan:
1 kilo udang - dibersih dan dibuang kakinya dan digoreng sehingga masak.
2 biji cili padi - dihiris bulat dan nipis
Sedikit Daun Kari
2 biji cili merah - ditumbuk
2 - 3 biji telur ayam - diambil kuningnya dan dipukul rata
1/4 cawan Susu sejat
Sedikit butter
Garam
Gula

Cara Membuat Egg Floss :
1. Panas butter, then masukkan kuning telur yang telah di pukul tadi.
3. Kacau sehingga rata dan cepat sehingga telur tadi hancur, menjadi halus dan masak keperangan.
4. Lepas masak, angkat and tuskan minyak.

Cara Membuat Butter Prawn.
1. Panaskan butter, masukkan cili padi yang dihiris dan cili merah yang telah ditumbuk. Gaul hingga rata dan layu.
2. Masukkan daun kari, gaul lagi.
3. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Tuangkan susu sejat dan kacau sehingga pekat.
5. Pastu, masukkan udang yang telah digoreng dan gaul hingga sebati.
6. Lastly, tabur egg floss di atas udang!

TAdaaaa....akhirnya saya berjaya menyediakan 3 jenis masakan dalam masa 4 jam untuk family. Walaupun butter prawn tu agak hangus tapi habis, licin semuanya dimakan..tapi hidangan ni x balance sebab tak ada sayur....

p/s: cooking is fun if we know how to enjoy it!



Thats all from me..camat mencuba taw!
papai...^_^




6 comments:

EazyHusna said...

wah googd girl!!

nex time mskkn yg plg spesel tuk eazy ea!!

^__^

Ayumie Adeelah said...

adel x reti msk lorr...hihi..=P

SufatihaNur said...

erk...obor2 leh makan ke??? obor2 yg kat laut tu kan??? yg kena gatal2 tu kan...ade jual ke??? rasa camane??? sedap ke???

sorry byk tanya lak...

Ayumie Adeelah said...

Mrs. Infinity: yup2...xpe byk tanya..sy xksh pun..obor2 tu leh makan...klu kat sarawak ada djual..tp kat smnnjung mmg jarang jumpa..rsnya sdap...n kenyal but rangup..nyum2...

Anonymous said...

pandai masak!!!


curik resepi=)


boley?

Ayumie Adeelah said...

kak jane: eh..ayumie x pndai masak la...hehe...amik la resepi tu ok?my pleasure to share.. ^_^