Siapa suka makan tart nenas angkat tangan?
okay,honestly saya tak suka -.-
paling xsuka tart nenas. Banyak2 biskut memang tart nenas saya tak nak pandang langsung! Entah apa salah tart nenas ni sampai saya layan dia macam ni sekali.aisehh..kesian kau.
Tapi yang peliknya raya tahun ni saya bukan main 'eksaited' nak buat tart nenas.
Mak: Raya tahun ni nak buat biskut apa?
Along: Biskut cheese! <-----eksaited je lebih
Mak: Okay.
Along: Makmur......
Mak: okay
Along: mama carrie and..
Mak: okay
Me: errr..tart nenas?
Along: Tart nenas? bukan kau x suka makan tart nenas ke?
Me: sajee..nak ubah angin..(aiseh..padahal ada udang disebalik mee)
Along: ni mesti pakwe kau suka makan tart kan kan? sebab tu kau sanggup buat?nak tunjuk pandai la kunun?
Me: eh,mane ade? (buat-buat blur)
*dialog bahasa sarawak yang dah dimelayukan ;)
Walaupun tak suka tapi saya terpaksa suka jugak.
Sanggup tidur lewat malam sebab nak cari the best recipe!
Sanggup bersusah payah temankan mak pergi kedai sebab nak beli bahan-bahan untuk buat tart.
Sanggup berhimpit2 dalam kedai yang sempit dan manusia dah macam semut da saya tengok dalam kedai tu semata-mata nak carik acuan yang comel untuk buat tart.
Sanggup bersusah payah bawak beg plastik yang berat berisi butter,tepung,gula dan nenas ke dalam kereta.
Sanggup mengupas dan memotong buah nenas yang sememangnya bukan aktiviti kegemaran saya.
Sanggup menggaul nenas dalam kuali sampai hangus.
Sanggup bersabar melayan karenah acuan tart yang suka buat hal!
Sanggup apa lagi entah.
Tragis kan cerita nak buat tart nenas?
Action je lebih weyh!
haha LOL :)
here's the result setelah bersusah payah sangat la katakan
ouh, x sangka saya buat biskut yang saya paling unlike the most
comel tak? okay,cepat cakap comel wlpun jem nenas hangus.
Tart yang saya buat ni memang serabai giler. First time buat kot.Saya akui memang sedap. Boleh tahan jugak rasanya. cehhh.angkat bakul sendiri.
eh, tapi serius
sedap
and now
I've fallen for tart nenas
Tu la peribahasa ada cakap tak kenal maka tak cinta
tengok, kan sekarang dah cinta..err.apaka?
okay,nanti nak buat banyak2 lagi.
nak bawak balik semenanjung :)
Here's the recipe if you want to try some. The best recipe I thought :)
Okay, bye.
^-^