THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, July 23, 2011

I found P.E.A.C.E here♥

Semalam hari yang 'seghonok'. Sangat seghonok sampai beronok-ronok.Dah lama berhajat nak pergi tempat ni. Tercapai jugak at last..Alhamdulillah, precious thanks to Allah sebab mempermudahkan perjalanan kami untuk pergi tempat ni. And also thanks to Incik Apis and Cik Molly and also her beloved sis Cik Yaniey kerana sudi menemankan saya pergi! I found some p.e.a.c.e here  

 Can't believe that I was here yesterday :') *touching*




Cik Molly and some gift for them :)



Pertama kali menjejakkan kaki ke Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim, rasa 'eksaited' sangat2. Don't know what to say because this is what I ever wanted to do. Going there, bought some sweet in cute goodies bag,have a chit chat with them and also playing with them. Seriously, it was fun! heee..



Everyone is 'eksaited'. Looking at their faces smiling while receiving those goodies bag make me feel happy!




See, I've told ya..'seghonok' sangat sampai beronok-ronok :)


Hello, my name is Mayau. I'm 5years old




Curik gambaq sat



Mayau pun reti ambik wudhu tau :)



Having some chat with their penyelia.

Walaupun sekejap je dapat luangkan masa bersama adik-adik ni, tu pun dah cukup bermakna buat saya. Rasa tenang sangat kat sini.Nanti nak pergi lagi la..I'm addicted now.haha  


Ouh, yang ni 'faveret' shayeee..this two lil girl ramah sangat..n cute!





Hello, nama shayeee Syafiqah..







nama shayeee pulak_ _ _ _ _?




Sekadar renungan:

“Ada seorang laki-laki yang datang kepada nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam mengeluhkan kekerasan hatinya. Nabipun bertanya : sukakah kamu, jika hatimu menjadi lunak dan kebutuhanmu terpenuhi ? Kasihilah anak yatim, usaplah mukanya, dan berilah makan dari makananmu, niscaya hatimu menjadi lunak dan kebutuhanmu akan terpenuhi.” [HR Thobroni, Targhib, Al Albaniy : 254]


Ok bye.
Happy reading.
^_^












Saturday, July 16, 2011

Muhasabah diri ;)



Kadang-kadang dalam hidup ni kita memang selalu terlupa untuk bersyukur atas apa yang telah Allah bagi dalam hidup kita. Apa yang kita tahu cuma merungut je..kenapa begini? kenapa begitu? kenapa blablabla...Dalam hidup ni kita memang selalu tak dapat apa yang diinginkan. Benda yang kita nak tu la yang selalu tak dapat.Okay, memang selalu frust. =.=
Tapi, pernah tak kita terfikir hikmah disebalik semua tu? pernah x pernah x? ;)
Dulu, saya selalu mempersoalkan kenapa saya selalu camni...kenapa tak camtu? kenapa? KENAPA?

Okay2,saya bagi contoh.

Situasi 1:EXAM
Selalunya kalau kita buat exam apa yang paling kita nak? mestilah kita nak lulus dengan flying colours kan? kan ke x kan?haha..Semua orang buat exam sebab nak cemerlang. Ada ke yang belajar bagai nak rak pastu exam sebab nak gagal dengan cemerlang?Usually kalau musim exam bukan main semangat lagi  saya study dengan harapan nak dapat DEKAN la kunun. (semangat ke??). Tengok kawan-kawan yang lain study saya pun tersuntik semangat nak study jugak. Saya jenis yang suka study last minute. Otak saya ni dah terbiasa dengan situasi last minute sebab kalau study awal mesti lupa..teehee ^_^
Okay2, kembali kepada point just now..saya study punya study punya study pastu exam.dahtu tunggu result..result keluar je tapi x seperti yang saya harapkan pun okay(DEKAN kunun)..saya selalu tanya diri sendiri kenapa tak dekan2 lagi?? kenapa? kenapa? study punyala macam zombi.sampai nak termuntah pun ada.........saya asyik mempersoalkan 'kenapa' 'why' tapi x pernah terfikir mungkin ada hikmah di sebalik semua ni.
Memang ada hikmah pun. Baru sekarang saya sedar..salah satunya, mungkin usaha saya tak cukup lagi.Memang x cukup pun.Nak dapat DEKAN tapi study last minute.Memang x boleh blah...hehe..lagi satu,mungkin jugak nanti kalau saya dapat dekan saya akan jadi bangga diri jadi riak, bongkak.."Dunia, lihatlah aku..aku dapat dekan weii..kau ada? kau xada kan? haha..apaka? sebab tu la x dekan2 lagi kot..Allah tahu apa yang terbaik untuk saya kan? so, sekarang ni kalau x dapat dekan senyum jeee..senyum..xperlu kata apa2...yang penting saya dah buat dan berikan yang terbaekkk..CENYUM :)

Situasi 2: C.I.N.T.A
Haaaa..part ni yang best nak cerita ni..ngehehehe..tipula sangat kalau saya cakap x pernah bercinta kan..memangla pernah..masa sekolah zaman muda mudi dulu2.Mak baba hantar pergi sekolah untuk belajar.saya pulak bercinta.Apakah? Yang tu jangan ikut ok. Sekarang ni baru nak menyesal sebab dulu x belajar rajin2.Dulu asyik main-main je kat sekolah. Kalau x mesti boleh punye dapat semua AAA+++ untuk UPSR PMR SPM. Yelah, zaman nakal saya la katakan. Okay2, saya cuma nak share yang di dalam sesebuah perhubungan memang adakalanya kita akan keciwa kecewa, dikecewakan dan mengecewakan. Semua orang tahu yang tu kan? tipula kalau cakap tak tahu..saya pun pernah dikecewakan dan mengecewakan jugak.Memang adakalanya apa yang kita rancang tu tak seperti yang kita harapkan pun. Sangkakan panas sampai petang rupanya hujan ribut petir di tengahari. Sabor jelah.. :(
Selalu jugak saya tanya kenapa semua ni terjadi? kenapa terjadi kat saya? kenapa? WHY?(nada keciiwaaaaa)..padahal banyak sangat hikmah disebalik semua tu.Baru sekarang ni saya sedar dan menyedari..Thank you Allah for open my eyesss :')
Salah satunya saya mula sedar manusia ( both lelaki perempuan) ada banyak sangat perangai. Dari situ saya mula dapat membezakan mana yang baik, mana yang kureng baik, n mana yang jahat teross.Sebab Allah mempertemukan saya dengan banyak manusia supaya saya boleh jadi penilai yang baik. Gunakan mata yang Allah bagi untuk melihat dan akal untuk berfikir. Tak semestinya orang yang baik tu takkan jadi jahat dan yang jahat tu takkan jadi baik.Ada je orang depan kite bukan main lagi baik.Semut pun tak berani nak pijak tapi di belakang..haih..Allah je yang tahu..dan ada je orang depan kite nampak jahat macam samseng tapi sebenarnya baik orangnya. =)
Sekarang ni saya bersyukur sangat2 sebab Allah mempertemukan saya dengan 'mereka-mereka' dan banyak yang boleh saya jadikan pengajaran buat diri saya sendiri dan orang lain. Yang penting, jangan bersangka buruk pada Allah. Tu je..Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Situasi 3: D.U.I.T
Kita cakap pasal duit.yeah, moneyyy! i want money and i need money.no money no talk kan? selalu orang cakap camtu. Dalam dunia ni siapa yang tak nak duit? for sure people need money. yang tu saya setujusss 112%! Semua perlukan duit dalam dunia ni. Nak belajar pakai duit, makan pakai duit, beli topup pun pakai duit. Kan seronok kalau beli topup bole pakai duit monopoly or duit jutaria. Bahagia betoi..Masa kecik-kecik dulu saya pernah tertanya-tanya kenapa saya tak lahir terus jadi princess eh? ala..princess yang macam dalam cter cinderella tu. cter snow white. Lahir2 je terus jadi puteri yang kaya raya hartawan jutawan lagi jelitawan. Kan seronok..tak payah susah susah carik kerja, tak payah belajar tinggi.dapat putera yang hensem pulak tu.hee..

Ada je orang yang dah berusaha nak dapat duit yang banyak. Bekerja dari pagi sampai malam, 25jam sehari kerja. Yelah sebab nak dapat duit kan. Kenalah berusaha lebih tapi tak jugak kaya-kaya. Macam mana tu?? Well, dalam kehidupan ni kita kena sentiasa ingat Allah memang sentiasa menguji hambaNya. Dalam apa keadaan sekalipun. Kita kena sentiasa fikir positif. Ada sebab Allah lambat makbulkan permintaan kita. Mungkin sebab Allah nak uji kesabaran kita. Agaknya boleh tak kita bersabar?Kalau kita tak jugak kaya raya, mungkin Allah ada 'harta' yang lebih baik lagi untuk kita selain dari harta benda. Harta yang tak ternilai dan tak terbeli pun kat mana-mana .Siapa tahu kan?
Tetapi, yang peliknya  ada je orang  yang tak pernah cukup dengan apa yang ada.Walaupun dah ada kehidupan yang selesa, dah ada rumah besar,  dah ada bini yang lawa, anak-anak yang comel, kereta mewah tapi tak pernah jugak merasa puas..dah ada neo, nak peugeot pulak..dah ada peugeot nk ferrari pulak.dah ada ferrari nak nissan skyline gtr R34 pulak..ish3..(saya tak maksudkan sesiapa pun tau.sory kalau ada yang terasa eh ;p)
biasala, hidup ni selalu demand nak yang terbaik je kan? tak salah pun..tapi janganlah sampai lupa untuk bersyukur okay...=)


Haha..berbalik kepada cerita puteri tadi (ouh, x habis2 dengan puteri)saya rasa ada sebabla kot kenapa saya tak dilahirkan terus jadi puteri raja macam cerita snow white. Mungkin nanti kalau saya jadi puteri raja, saya akan jadi seorang puteri yang sombong lagi 'kijam'  dan tak berperikemanusiaan macam mak tiri snow white tu.haaha..apakah?so, lebih baik saya jadi insan biasa yang menjalani kehidupan suka duka tawa ria bersama keluarga dan kawan-kawan tershayang! kan kan? :)






Sekadar renungan:
"Bila ALLAH cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu. Bila ALLAH lambat makbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu. Bila ALLAH tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik buatmu"

p/s: Oleh itu bersangka baiklah pada Allah dalam apa jua keadaan kerana Allah mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.



ok bye!
happy reading
^_^